Saturday, June 14, 2008

Ukhuwah Islamiyah 1

1. APA ITU PERSAUDARAAN KERANA ALLAH (UKHUWAH FILLAH)?

Ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah) ialah anugerah Yg Maha Suci, cahaya rabbani dan nikmat Ilahi. Dicampakkan oleh Allah a.w.j. ke lubuk hati org2 yg ikhlas di kalangan hambanya, dan org2 yg bertakwa di kalangan makhluknya. Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal: "Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka." [63] dan firman Allah Taala dalam surah Ali Imran: "Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dg kurniaNya kamu menjadi bersaudara." [103]

Dan ukhuwah fillah jg adalah kekuatan iman dalam jiwa yg mewariskan perasaan belas kasihan, kasih sayang, saling menghormati dan saling mempercayai. Terhadap mereka yg terikat oleh tali akidah Islamiyah, dan tautan iman dan takwa. Perasaan bersaudara yg benar ini akan melahirkan sejujur2 perasaan dan semurni2 kepekaan.

Dalam menangani perkara2 positif seperti tolong-menolong, mengutamakan yg lain, mengasihi dan menyayangi, memaafkan, menghilangkan kesusahan saat kesempitan, dan saling melindungi saat berasa lemah.


Dan dalam menangani perkara2 negatif seperti menjauhi semua perkara yg boleh memudaratkan orang ramai - nyawa, harta, maruah dan kemuliaan insani mereka.

Oleh kerana itu, ukhuwah fillah ini adalah sikap yg dilazimi oleh keimanan dan diiringi oleh ketakwaan. Lantara tiada persaudaraan tanpa keimanan, dan tiada keimanan tanpa persaudaraan, sebagaimana tiada kasih sayang tanpa ketakwaan, dan tiada ketakwaan tanpa kasih sayang.

Adapun dari aspek 'tiada persaudaraan tanpa keimanan' yg demikian itu telah dinyatakan oleh Allah taala dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara." [al-Hujurat:10].

Manakala dari aspek 'tiada kasih sayang tanpa ketakwaan' yg demikian itu ada dinyatakan oleh Allah taala dalam firman-Nya: "Teman2 karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yg bertakwa." [az-Zukhruf:67]

Tidak syak lagi bahawa ukhuwah bila terpisah daripada keimanan akan bertembung dengan kepentingan diri dan peribadi. Dan kasih sayang yg trcabut daripada ketakwaan akan membangkitkan permusuhan dan kebencian seperti mana bermulanya konflik pertama di dunia dan nyatanya pertelingkahan merebut harta dan kepetentingan diri.

Sekiranya wujud dalam diri seorang muslim keimanan dan ketakwaan, akan tetapi tidak ada di sampingnya ukhuwah yg jujur dan kasih sayang yg ikhlas, maka itulah manifestai iman yang lemah dan ketakwaan yg diragui.

Dari aspek 'iman yg lemah' ia sudah dinyatakan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Manakala dari aspek 'ketakwaan yg diragui' yang demikian itu ada disebut dalam firman Allah taala: "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan." [al-Ma'idah:2]

Sedangkan jiwa kemanusiaan yang terbina atas dasar iman dan bersalut dengan ketakwaan, hanya sekadar bertemu dengan mereka yg sama2 beriman dan bertakwa, sesungguhnya akan merasakan keserasian saat pertama pertemuan dan pandangan pertama perkenalan. Bahkan kedua2 hati itu saling berpadu seolah2 menjadi jiwa yg satu bila mana rasa kasih sayang sudah menyelinap ke seluruh urat saraf, rasa bersaudara menyirap bersama aliran dan rasa cinta bersinar2 pada raut wajah keduanya. Lantas dipaut tangan saudaranya dalam kelembutan, belas kasihan dan kegembiraan. Supaya mereka sama2 beriringan dalam taman yang bersih, menghirup udara kesetiaan di segenap penjuru dan berteduh di bawah bayangan kasih sayang yg tersebar. Dan setiap seorang membisik2kan ke pendengaran manusia hakikat ini:

"Saya adalah awak
awak adalah saya"

Adapun jiwa yang dinodai kekotoran dan bergelumang dengan kejahatan maka tidak mungkin ia bersepakat dengan jiwa yg beriman dan tenang saat pertama pertemuan kerana ia berlawana pada asalnya, berbeza dasarnya dan bercerai rohnya.

Inilah yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda: "Manusia itu (fitrahnya) spt emas dan perak. Yang terbaik di kalanangan mereka pd masa jahiliah akan menjadi yg terbaik pd zaman Islam apabila mereka benar2 memahami agama. Dan roh2 itu ibarat tentera2 yg terlatih. Ia jinak dengan yg dikenali, dan berlawan dg yg memusuhi."

Inilah hakikat ukhuwah filah wahai teman2. Ia adalah anugerah Allah yg dicampakkan-Nya ke dalam hati2 yg beriman dan ikhlas.

Ia adalah kekuatan iman yg diikat dg jiwa2 yg dihiasi keimanan dan ketakwaan.

Ia jg yg mendorong orang yg beriman supaya melaksanakan konsep2 kebaikan seperti saling mencintai, berkasih sayang, saling mengutamakan, bantu membantu dan melindungi antara satu sama lain.

Ia adalah tindakan yg dilazimi oleh keimanan dan disertai oleh ketakwaan.

Ia merasa jinak dan serasi dg teman2nya iaitu roh2 yg suci bersih, dan bermusuhan dg lawannya iaitu roh2 yg kotor dan jahat.

Maka sayugialah menjadi kewajipan ke atas kita selepas terang dan nyata hakikat ini di depan mata kita, menyingkap jendela ukhuwah fillah, merialisasikannya di hati kita, menyelaminya, supaya kita menjadi orang2 yg pengasih di kalangan kita, dan menjadi org2 yg kuat di kalangan musuh sebagaimana tauladan para sahabat Rasulullah s.a.w.

0 comments:

 

Setting Up Blog Using Blogger | Design By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher