Saturday, July 12, 2008

Ukhwah


ukhwah

Wednesday, July 2, 2008

Kutaib Ukhuwah Islamiyah...

Saturday, June 28, 2008

Sambungan SYARAT-SYARAT UKHUWAH FILLAH

*Nasihat bagi Allah: supaya beriman dengan-Nya dan menyucikan-Nya daripada segala sifat yang tidak layak bagi-Nya serta mentaati-Nya. Nasihat bagi kitab-Nya: supaya membacanya dengan sebenar-benar bacaan, beramal dengan hukumnya dan beriman dengan ayat-ayat mutasyabihat. Nasihat bagi rasul-Nya: supaya beriman dengannya, melazimi sunnahnya, menurut perintahnya dan meninggalkan larangannya. Nasihat bagi pemimpin umat Islam: menegur mereka jika bersalah dan mentaati mereka dalam kebaikan. Nasihat bagi umat Islam seluruhnya: supaya mengambil manfaat, menolak mudarat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Akan tetapi apakah tindakan kita kepada sahabat yang tidak mengendahkan nasihat?

Ketika mana nasihat dan peringatan tidak memberi kesan sedangkan kemungkaran dan maksiat terus menerus dilakukan, maka seorang muslim terpaksa memulau sahabatnya kerana Allah sehinggalah ia kembali kepada kebenaran.

Tetapi jika ia enggan kembali, berdegil dengan kefasikannya, terang-terangan kejahatannya dan berputus asa kita untuk memperbaikinya, maka wajiblah kita memulau selamanya. Dan pemulauan ini dianggap tuntutan iman yang paling berat bagi hak orang islam yang fasik.

Sesungguhnya matlamat pemulauan ini adalah sebagai hukuman bertempoh untuk mencegah dan mendidik. Seperti yang Nabi s.a.w. lakukan terhadap isteri-isterinya selama sebulan, dan terhadap beberapa orang sahabat yang melarikan diri daripada ikut serta dalam peperangan Tabuk selama 50 hari.

Adapun bagi hak orang kafir yang terang-terangan kufurnya atau muslim yang murtad, maka pemulauan ini dianggap sebagai tuntutan iman yang paling ringan dan pesanan al-Quran yang paling nyata. Sekalipun yang kafir atau yang murtad itu bapa atau saudara atau anak.


Firman Allah taala: "Engkau tiada memperoleh kaum yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, bahawa mereka mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, meskipun mereka itu bapa, anak, saudara, atau kaum keluarga mereka." [58:22]

Ayat ini menerangkan bahawa pemulauan ahli keluarga sekiranya mereka berkeras dengan kekufuran; adalah kewajipan iman dan tuntutan Islam. Ini kerana Islam lebih mengutamakan hubungan ukhuwah Islamiyah berbanding hubungan yang lain dan tautan akidah rabbaniyah berbanding yang lain.

Kerana prinsip Islam yang tidak pernah berubah; bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara.

Dan kerana syiarnya yang tidak akan berubah selamanya; bahawa sesunggunhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertakwa.

5. Hendaklah persaudaraan itu di bina atas usaha bantu membantu di saat susah dan senang:

Yang demikian itu tidak mungkin diraih melain setelah seseorang itu berkongsi kegembiraan temannya saat ia gembira dan menanggung sama kesedihannya saat ia berduka cita.

Apabila Islam menjadikan tolong menolong di antara orang Islam saat susah dan senang perkara yang mesti dan hak yang wajib, maka bagi pihak orang yang bersaudara kerana Allah terlebih mesti dan terlebih wajiblah ia. Yang demikian itu kerana mereka telah berjanji untuk seiring sejalan dalam melaksanakan manhaj Islam sama ada dengan percakapan dan perbuatan, dan berjanji mengaplikasikan syariatnya secara keseluruhan dan terperinci, dan berjanji untuk tidak mengingkari tuntutan agama walau seinci, dan berjanji tidak menyimpang dari panduan Allah dalam amalan dan akhlak walau sebesar zarah.

Sesungguh Islam adalah tauladan bila ia mengatakan:

"Tolong-menolonglah kamu dalam hal kebaikan dan takwa."

"Tidak beriman salah seorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagai mana dia mengasihi dirinya sendiri."


"Barang siapa yang mempunyai lebih (ruang) kenderaan maka sudi-sudikanlah kepada orang yang tidak punya kenderaan, dan barangsiapa yang punya lebih bekalan maka sudi-sudikanlah kepada orang yang tak punya bekalan."

"Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Ia tidak menzalimi saudaranya, dan tidak mencuaikannya. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya pula. Dan barangsiapa yang melepaskan satu kesulitan daripada orang muslim, Allah akan melepaskan satu kesulitannya di hari kiamat. Dan barangsiapa menutup keaiban muslim, Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat."

"Bandingan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, berkasih sayang dan tolong menolong mereka seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengerang kesakitan, sekalian tubuh berjaga malam dan merasa demam."

Maka orang2 yang bersaudara kerana Allah adalah golongan pertama yang termasuk dalam kategori ini. Kerana merekalah yang menjuarai usaha menitipkan prinsip-prinsip syariat, dan melazimi peraturan-peraturan Islam.
 

Setting Up Blog Using Blogger | Design By iEn © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher